Sistem tempahan yang mudah, untuk bisnes Malaysia yang sibuk.
Bookla lahir daripada satu masalah biasa: terlalu ramai pemilik bisnes servis dan homestay di Malaysia masih uruskan tempahan secara manual, melalui WhatsApp berselerak, buku nota, dan panggilan telefon. Akibatnya slot bertindih, deposit lupa dikutip, dan pelanggan hilang sebab lambat dibalas.
Kami bina Bookla supaya mana-mana bisnes, sama ada salon, spa, klinik, cleaning, tutor, court, atau homestay, boleh terima tempahan online 24/7, kutip deposit di depan, dan urus jadual dari satu dashboard yang kemas. Tanpa perlu jadi pakar teknologi.
Kenapa kami wujud
Bisnes kecil Malaysia berhak dapat alat yang sama canggih dengan syarikat besar, tapi tanpa harga dan kerumitan syarikat besar. Kebanyakan sistem tempahan luar negara mahal, rumit, dan tak faham cara kita berurus di sini (FPX, e-wallet, deposit, bahasa Melayu).
Bookla direka khas untuk pasaran tempatan: harga yang masuk akal, antara muka dwibahasa, dan cara bayaran yang orang Malaysia memang guna setiap hari.
Apa yang kami percaya
Untuk siapa Bookla
Bookla sesuai untuk mana-mana bisnes yang hidup atas tempahan dan temujanji:
Kalau bisnes anda perlukan orang tempah masa atau tarikh, Bookla direka untuk anda.
Kata pengasas
Saya mula Bookla selepas melihat sendiri betapa sukarnya kawan-kawan yang menjalankan bisnes kecil menguruskan tempahan secara manual. Saya percaya alat yang baik patut membantu mereka fokus pada pelanggan, bukan pada kertas kerja.
Mari mula
Cuba Bookla percuma. Sediakan halaman tempahan anda dalam beberapa minit, tiada kad kredit diperlukan.